Selamat Datang Ke Portal Rasmi Cuepacs

Visi, Misi & Objektif

Visi

CUEPACS kekal sebagai pusat kebangsaan kesatuan sekerja unggul sektor awam.

Misi

Mengekalkan CUEPACS sebagai salah sebuah organisasi yang terbaik dan mampu memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan berkesan secara berterusan dan menjadikan CUEPACS sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman (k-leadership).

Objektif

  1. Membuat apa-apa yang perlu untuk menggalakkan kepentingan atau untuk kesempurnaan kerja-kerja semua atau mana-mana kesatuan sekerja gabungannya.
  2. Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan sekerja gabungan dan anggota-anggotanya.
  3. Berusaha memperbaiki keadaan-keadaan kerja misalnya pengambilan, masa kerja,kenaikan pangkat, tatatertib, keselamatan jawatan, gaji dan faedah – faedah persaraan anggota-anggota kesatuan sekerja gabungan.
  4. Mengatur perhubungan pekerja/majikan sepanjang yang mengenai perhubungan di antara kerajaan dengan mana-mana Kesatuan Anggota.
  5. Berusaha menubuhkan jentera yang dipersetujui di antara majikan dengan CUEPACS bagi maksud merunding dan membincangkan segala perkara mengenai kesatuan-kesatuan sekerja anggota dan anggotanya.
  6. Mengadakan faedah-faedah bagi anggota-anggota kesatuan sekerja anggota sebagaimana yang akan diputuskan oleh Konvensyen Kongres.
  7. Berusaha membantu (secara kewangan atau lain-lain) semua atau mana-mana kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya.
  8. Membantu mana-mana kesatuan sekerja anggota atau mana-mana anggotanya samada secara kewangan atau lain–lain untuk memperolehi apa-apa nasihat undang –undang tertakluk kepada perbekalan perbekalan dalam undang-undang Kesatuan Sekerja yang berkuatkuasa.
  9. Mengalakkan undang-undang mengenai kepentingan kesatuan-kesatuan anggota khasnya atau kesatuan-kesatuan sekerja amnya.
  10. Menjalankan, jika diputuskan oleh Konvesyen Kongres, kerja-kerja mengarang,mencetak,menerbit dan mengedarkan apa-apa akhbar,majalah,sari berita atau lain –lain persuratan bercetak untuk memajukan tujuan-tujuan CUEPACS atau mengalakkan kepentingan kesatuan-kesatuan anggotanya.
  11. Mengalakkan kebajikan material,sosial dan pelajaran kesatuan- kesatuan anggota dengan apa-apa cara yang sah dianggap patut oleh Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres
  12. Amnya menjalankan segala tindakan dan usaha yang perlu untuk memajukan tujuan-tujuan tersebut diatas mengikut keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kongres dalam Konvensyen tiga tahun sekali atau Konvesyen Khas.