Selamat Datang Ke Portal Rasmi Cuepacs

Timbalan Setiausaha Agung III

Ucapan

SDR. HARRY TAN HUAT HOCK, PJK

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG III CUEPACS

Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Negaraku Malaysia….

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi peluang dan kepercayaan memilih saya sebagai Timbalan Setiausaha Agung III semasa Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke 27 Sesi 2016-2019 baharu ini. Pemilihan tersebut telah meletakkan saya sebaris dengan Pemimpin Utama CUEPACS yang lain bagi Sesi 2016-2019.

Dengan mandat yang diberi serta pengalaman saya yang berkhidmat sebagai seorang guru sejak tahun 1984, sedikit sebanyak pengalaman tersebut dapat digunakan untuk membantu serta memperjuangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan dan profesionalisme Sektor Awam di Malaysia.

Perjuangan Kepimpinan Utama CUEPACS selama ini tidak mengharapkan balasan, namun berharap mendapat sokongan serta dapat mempertahankan organisasi ini agar terus mendapat keyakinan dan kepercayaan dari YAB Perdana Menteri sebagai tunggak utama untuk membantu Pekerja-Pekerja Di Dalam perkhidmatan Awam agar terus menjadi sebuah organisasi yang disegani serta dihormati di mata dunia.

Saya juga berjanji akan terus menyumbang serta memberi idea-idea kepada pemimpin utama CUEPACS terhadap isu-isu yang dibangkitkan dan mengharapkan silaturahim sesama pemimpin akan lebih erat seperti perumpamaan yang sering digunakan iaitu “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” demi memartabatkan organisasi CUEPACS lebih unggul.

Biografi

akan datang!

Galeri

akan datang!