Selamat Datang Ke Portal Rasmi Cuepacs

Timbalan Presiden II

Ucapan

Sdr Zainal bin Ismail AMP, PPT

TIMBALAN PRESIDEN I CUEPACS

Semenjak mula CUEPACS ditubuhkan terbitan 'SUARA CUEPACS' telah pun diperkenalkan untuk memuatkan berita-berita tentang CUEPACS dari semasa ke semasa. Dengan berita yang dipaparkan dalam susunan program-program atau jadual-jadual yang dilalui sepanjang tahun maka setiap Kesatuan-kesatuan gabungan CUEPACS berpeluang membaca dan mengetahuinya dengan lebih terperinci. Kini, CUEPACS melangkah ke era baru dengan pelancaran Portal Rasmi CUEPACS yang akan memastikan segala maklumat-maklumat terkini berkaitan perkhidmatan awam dapat diketahui dengan menyeluruh oleh warga penjawat awam.

Keharmonian dan keikraban perhubungan perlu terjalin antara CUEPACS dengan kesatuan-kesatuan. Dengan kata sepakat dalam kesatuan maka tidaklah timbul sebarang percanggahan atau kekeliruan malah sama-samalah kita hadapi demi tanggungjawab kita menjaga kepentingan serta kebajikan penjawat-penjawat awam yang sering dalam permasalahan kehidupan yang tiada penghujungnya.

"Syabas dan Tahniah!"" saya ucapkan kepada semua Kesatuan-kesatuan gabungan CUEPACS yang sentiasa berkongsi masalah dan bertanggungjawab dalam menjaga nama baik CUEPACS dan kesatuan sendiri.

Saya akhiri dengan kata-kata semangat perjuangan CUEPACS, “Berjuanglah demi membaiki martabat kehidupan agar kita tidak dibelenggu dengan kedaifan dan kemiskinan hidup."

Biografi

Akan Datang

Galeri

akan datang!