Selamat Datang Ke Portal Rasmi Cuepacs

Setiausaha Agung

Ucapan

Sdri Lok Yim Pheng KMN, AMP, PJK

SDRI LOK YIM PHENG
SETIAUSAHA AGUNG CUEPACS

Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia & Salam CUEPACS

Terlebih dahulu CUEPACS ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2015. CUEPACS sedar akan kekangan yang dihadapi oleh warga penjawat awam pada tahun 2015 di mana turun naiknya harga minyak petrol, pelaksanaan GST, kenaikan harga barang, inflasi dan harga rumah tidak terkawal. CUEPACS bersama-sama Kesatuan Gabungan berjuang agar impak kekangan yang dihadapi oleh warga penjawat awam tidak menjejaskan kehidupan warga penjawat awam.

Selama ini, Suara CUEPACS melaporkan segala program, aktiviti serta rundingan yang telah dijalankan demi kebajikan warga penjawat awam. Kini, CUEPACS akan mengguna pakai teknologi maklumat untuk menyampaikan segala maklumat kepada warga penjawat awam dan juga masyarakat melalui Portal Rasmi CUEPACS yang dilancarkan semasa Sambutan Hari Pekerja 2015 di Kuching, Sarawak. Portal ini akan memudahkan penyebaran maklumat, menjadi sumber rujukan serta “perantara” untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu yang menjejaskan warga penjawat awam. Sebagai permulaan, kaji selidik mengenai isu perumahan telah dilancarkan pada bulan Mei 2015.

Portal CUEPACS ini juga akan menjadi salah satu platform untuk memperjuangkan isu-isu warga penjawat awam seperti semakan gaji secara menyeluruh, Elaun Imbuhan Tetap Perumahan, Kadar Tuntutan Perjalanan, Elaun Makan dan Elaun Penginapan supaya dapat mengurangkan beban bekerja.

Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama serta perpaduan di antara CUEPACS dan Kesatuan Gabungan diteruskan demi perjuangan hak serta kebajikan warga penjawat awam di Malaysia.

Biografi

akan datang!

Galeri

akan datang!