Selamat Datang Ke Portal Rasmi Cuepacs

Presiden

Ucapan

Datuk Azih Bin Muda DPSM, JMW, PPN, PJK, PLB

KATA-KATA ALUAN
Y. BHG. DATUK PRESIDEN CUEPACS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam CUEPACS, Salam Perjuangan.

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menerajui perjuangan golongan pekerja di negara yang tercinta ini. CUEPACS mengambil kesempatan ini juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kesatuan-kesatuan Gabungan yang telah memberikan komitmen, sokongan, kerjasama dan sentiasa bersatu suara dalam memperjuangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Sungguhpun apa yang dibangkitkan oleh CUEPACS bagi membela nasib penjawat awam tidak mendapat perhatian yang menyeluruh daripada kerajaan akan tetapi kerajaan telah mendengar suara CUEPACS terutama dalam isu-isu yang berkaitan dengan perumahan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tabungan disebabkan oleh pendapatan penggajian yang kecil. CUEPACS juga memperjuangkan kadar upah bagi kumpulan rendah yang tidak mampu untuk menyara kehidupan dalam dunia yang semakin berubah dan kekangan kehidupan yang lebih mencabar. Perubahan 252 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan dalam bajet yang dibentangkan pada 10 Oktober 2014 turut diperjuangkan oleh CUEPACS.

Demi memperkasa kapasiti CUEPACS untuk memperjuangkan hak-hak warga penjawat awam, CUEPACS mengambil inisiatif untuk membangunkan Portal Rasmi CUEPACS yang akan memainkan peranan sebagai portal sehenti untuk warga penjawat awam serta masyarakat am untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan perkhidmatan awam, perjuangan CUEPACS, kebajikan warga penjawat awam dan sebagainya. Pelbagai kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas warga penjawat awam juga akan dilaksanakan melalui Portal Rasmi CUEPACS. Kaji Selidik yang pertama melibatkan isu perumahan dan akan disusuli oleh isu-isu lain.

Akhir kata saya menyeru kepada seluruh warga penjawat awam dan kepimpinan Kesatuan-kesatuan Sektor Awam untuk berganding bahu bagi memperjuangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli terutama dalam soal penggajian, kemudahan-kemudahan, elaun dan insentif serta faedah-faedah saraan yang lebih baik. Marilah kita bersama-sama melonjakkan Perkhidmatan Awam di Negara Malaysia ini melalui peningkatan produktiviti yang berterusan.

Y. BHG. DATUK AZIH BIN MUDA, DPSM., JMW., PPN., PLB., PJK
PRESIDEN CUEPACS

Biografi

akan datang!

Galeri

akan datang!